Hayati, hayati.ilmuniaga.com. Grow business dengan AI.
Usahawan wanita chibi belajar dengan laptop, sementara usahawan lelaki menunjukkan reka bentuk kedai dalam talian pada tablet

Nak lebih ramai orang kenal bisnes anda?

Cuba guna AI untuk hasilkan kandungan yang tunjuk nilai produk anda, atau sediakan satu website supaya pelanggan mudah lihat tawaran dan hubungi anda.

Lihat cara untuk bermula

Apa yang anda nak buat dulu?

Cuba satu langkah dulu

Pernah buntu nak buat posting untuk produk sendiri?

Pilih satu produk yang anda jual. Cuba terangkan dalam 10 saat bagaimana pelanggan boleh menggunakannya.

Cuba latihan video 10 saat

Contoh untuk penjual sambal. “Balik kerja dah lapar? Gaul sesudu sambal dengan nasi panas dan telur goreng. Siap makan.”

Salin arahan ini ke aplikasi AI dan isi bahagian dalam kurungan siku dengan maklumat bisnes anda.

Tulis skrip video 10 saat dalam Bahasa Melayu Malaysia untuk [produk] bagi [jenis pelanggan]. Mulakan dengan soalan yang biasa mereka hadapi. Tunjukkan satu cara guna produk dan akhiri dengan ajakan ringkas.

eBook 10 Modul AI

Kalau anda suka belajar dengan cara ini, tonton video penerangan dan buat latihan dalam eBook ikut masa sendiri. Gunakan produk anda untuk berlatih buat poster, bina watak dan rancang video pendek.

TEMPAH 10 MODUL AI DISINI

Nak belajar AI dengan orang tunjuk langkahnya?

Mulakan dengan satu bahan yang anda betul-betul perlukan, seperti poster untuk promosi bulan ini.

Lihat contoh latihan poster AI

Contohnya, pemilik kedai kek boleh mulakan dengan gambar produk, pilihan saiz dan tarikh akhir tempahan. Beri AI tiga maklumat itu untuk membantu merancang poster promosi yang lebih jelas.

Kelas AI bersama Teacher Yatt

Kalau anda lebih mudah faham bila dapat lihat cara buat dan bertanya, semak sesi kelas yang sesuai.

Semak maklumat kelas AI

Pelanggan selalu tanya harga dan cara tempah?

Bayangkan anda boleh kongsi satu pautan dengan gambar produk, pilihan yang ada dan cara untuk mereka hubungi anda.

Lihat contoh isi website bisnes

Untuk servis katering, mulakan dengan jenis majlis yang anda terima, contoh menu, kawasan penghantaran dan butang WhatsApp untuk semak tarikh.

Servis Buat Website

Kalau itu yang pelanggan anda perlukan, lihat pilihan website dan semak skop yang sesuai dengan bisnes anda.

Lihat pakej servis website
Lihat semula pilihan ↑

Soalan lazim

Saya baru nak belajar AI. Pilih eBook atau kelas?

Pilih eBook jika anda suka ulang video dan buat latihan bila ada masa. Pilih kelas jika anda lebih selesa ikut tunjuk ajar dan mahu ruang untuk bertanya.

Macam mana saya terima eBook selepas bayar?

Anda akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi pautan modul. Buka pautan itu menggunakan akaun Google anda.

Di mana saya boleh semak jadual kelas dan pakej website?

Lihat maklumat di halaman kelas AI dan pilihan pakej di halaman servis website.

Masih belum pasti nak mula dari mana?

Ceritakan jenis bisnes anda dan satu perkara yang anda nak capai dulu.

Tanya Teacher Yatt di WhatsApp